BlockFi Nak Bankrap Sebabkan FTX! Lepas Ni Siapa Pula?

543

BlockFi, platform pemberi pinjaman untuk pelabur kripto dilapor akan memfailkan bankrap setelah turut terkena tempias daripada krisis FTX.

Dalam keterpaksaan, platform itu mengakui ia telah terkesan dengan ketara akibat FTX yang mengehadkan keupayaannya untuk beroperasi seperti biasa.

Ia sebelum ini menafikan dakwaan bahawa majoriti asetnya tersimpan dalam platform pertukaran tersebut.

Difahamkan bahawa BlockFi bertindak melakukan pemfailan kebankrapan sejurus selepas syarikatnya memberhentikan pengeluaran pelanggan pada minggu lepas, semasa krisis FTX tercetus.

Ulas BlokFi dalam Twitter miliknya, mereka tidak berupaya meneruskan perniagaannya lagi dan meluahkan kekecewaan kerana FTX serta Alameda enggan memberi sebarang penjelasan berhubung isu tersebut.

Rentetan itu, dalam coretan di blog rasminya pada Isnin, BlockFi merancang untuk membekukan aktiviti platformnya sehinggalah krisis FTX kembali pulih.

Sebagai rekod, FTX pernah berminat untuk membeli BlockFi secara langsung pada harga $240 juta kerana keupayaannya untuk bertahan daripada kejatuhan pasaran pinjaman angkara Three Arrows Capital dengan memiliki kredit pusingan $400 juta.

Sementara itu, perancangan pembelian FTX oleh Binance bagi memulihkan kembali masalah kecairan yang dihadapinya menemui kegagalan apabila syarikat tersebut menyatakan platform exchanger itu dikelilingi sejumlah beban hutang.

Umumnya, exchanger kripto terbesar FTX kini mengalami kejatuhan dalam tempoh kurang dari seminggu dan dijangka akan terdapat banyak lagi exchanger kripto yang akan mengalami tempias serupa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat