BNM Bakal Naikkan OPR Pada Suku Seterusnya

1,980

Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR), 1.75% pada suku ini bagi menyokong pemulihan ekonomi yang sedang giat berjalan.

Sungguhpun begitu beberapa pakar ekonomi menjangkakan bank pusat Malaysia bakal mengetatkan polisi menjelang suku seterusnya bagi membendung tekanan inflasi yang memuncak.

Mereka menyatakan bahawa BNM sedang menikmati kebebasan dalam mengekalkan kadar rendah kerana tekanan harga kekal lemah, namun gangguan rantaian bekalan dan perang Ukraine akan menimbulkan risiko lebih besar.

Menurut pakar ekonomi DBS, Chua Han Teng, BNM dijangka akan melaksanakan dasarnya pada awal separuh kedua 2022 (2H22) di sebalik isyarat prospek penarikan balik sokongan monetari.

Tambahnya, buat masa ini bank pusat tersebut ingin menyaksikan pemulihan ekonomi daripada fasa pandemik yang melanda semasa berlakunya risiko penurunan yang semakin meningkat.

Dalam pada itu, segelintir pakar ekonomi pula meramalkan kenaikan kadar akan berlaku seawal bulan ini berdasarkan perbezaan kadar faedah yang semakin meluas daripada pemain serantau dan Federal Reserve (Fed) Amerika Syarikat (AS).

Terang ahli ekonomi kanan UOB, Julia Goh, jangkaan penambahbaikan dalam ekonomi dan tekanan harga yang meningkat boleh mendorong BNM laksanakan kenaikan kadar OPR seawal bulan Mei pada 25 mata asas.

Lebih-lebih lagi dengan BNM sudah memberi amaran bahawa mengekalkan OPR rendah bagi tempoh panjang boleh menyebabkan ketidakseimbangan kewangan.

Buat masa ini, BNM menjangkakan ekonomi Malaysia akan tumbuh sebanyak 5.3%-6.3%, iaitu sedikit rendah daripada unjuran terdahulu pada 5.5%-6.5% di sebalik permintaan global yang tinggi dan pengukuhan harga komoditi.

Sementara itu inflasi dianggarkan berpurata antara 2.2%-3.2% pada 2022, sedikit atas daripada julat sasaran bank pusat pada 2%-3%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat