BNM Kekal Kadar OPR 1.75% Selepas Mesyuarat MPC

269

Kadar dasar semalaman (OPR) kekal pada 1.75% hasil mesyuarat akhir oleh Jawatankuasa Dasar Moneteri (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) yang diadakan pada Rabu (3 Nov).

Keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira propek pertumbuhan ekonomi yang kurang menentu atas beberapa faktor luaran dan domestik ditambah dengan kebimbangan penularan wabak Covid-19 dan jangkaan inflasi negara yang kekal sederhana oleh bank pusat.

BNM menyatakan aktiviti ekonomi menjadi lemah pada suku ketiga kerana negara sedang sibuk membendung kebangkitan semula kes Covid-19 namun dengan kelonggaran sekatan yang diadakan pada bulan Jun telah memberi kesan positif dalam pemulihan aktiviti ekonomi negara.

Menjelang 2022, BNM menjangkakan momentum pertumbuhan yang lebih baik yang disokong dengan pengembangan dalam permintaan global, perbelanjaan sektor swasta yang lebih tinggi dan sokongan dasar yang berterusan.

Penilaian awal BNM mendapati purata julat unjuran inflasi utama berada antara 2% dan 3% untuk 2021, purata 2.3% tahun ini. Inflasi asas yang diukur oleh inflasi teras dijangka berpurata bawah 1% tahun ini.

Memasuki 2022, unjuran inflasi utama kekal serderhana. Sebaik aktiviti ekonomi kembali normal inflasi teras dijangka meningkat namun kekal pasif berikutan kapasiti ganti yang berterusan dalam ekonomi dan kemerosotan dalam pasaran buruh.

Bank pusat mewartakan MPC menganggap pendirian dasar monetari tersebut adalah wajar dan akomodatif.

Tambahnya lagi, mereka akan memulakan langkah fiskal bagi membendung kesan ekonomi terhadap perniagaan dan isi rumah serta memberikan sokongan kepada aktiviti ekonomi.

Dalam pada itu BNM berkata walaupun ekonomi global berada dalam proses pemulihan yang dipacu oleh pengembangan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan, risiko kepada prospek pertumbuhan ekonomi global kekal menurun.

Hal ini kerana kemunculan varian Covid-19 yang membimbangkan, risiko gangguan rantaian bekalan global yang berpanjangan serta potensi risiko peningkatan turun naik pasaran kewangan di tengah-tengah pelarasan kepada dasar monetari dalam ekonomi utama.

Menurut data BNM kadar OPR 1.75% adalah kadar terendah yang pernah direkodkan sejak ia dikekalkan pada 7 Julai 2020.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat