BNM Ramal Malaysia Tidak Masuk Kemelesetan Pada 2023, Namun…

354

‘Ada berita baik dan berita buruk tapi kita ambik yang positif saja lah kan.’

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus menolak risiko kemelesetan menjelang 2023 namun beri gambaran tekanan iklim ekonomi global akan menyukarkan pertumbuhan negara.

Asas tersebut dibentang beliau dengan menggariskan masalah rantaian bekalan, ketegangan geopolitik dan ketidaktentuan pasaran akan menjadi cabaran utama negara dalam menyaksikan pertumbuhan positif.

Bagi menyokong perkara itu, Tan Sri Nor Shamsiah turut memetik kadar inflasi domestik yang masih tinggi akan menyebabkan perubahan corak kuasa membeli pengguna dan aktiviti perlaburan dalam negara.

Ulasnya, prospek negara tahun depan dipenuhi cabaran dengan faktor luaran seperti pertumbuhan ekonomi global yang lemah.

Sungguhpun begitu, beliau menegaskan Malaysia dijangka tidak akan alami kemelesetan pada 2023 dengan pertumbuhan dijangka berkembang 3% ke 5% hasil sokongan permintaan domestik dalam sektor swasta ekoran pemulihan pekerjaan.

Selain itu, kepelbagaian struktur eksport Malaysia dijangka menampung tekanan kemelesetan.

Ulasnya bahawa inflasi diramal akan menyederhana pada 3.3% selepas menunjukkan tanda-tanda penyusutan dari paras tertinggi 3 sukunya sebelum ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat