BOC Akan Berhenti Naikkan Kadar Faedah Jika Ini Berlaku!

155
  • BOC mengulangi kenyataan dovish
  • Kadar inflasi semasa terus menunjukkan penurunan
  • Pertumbuhan ekonomi diramal hampir sifar menjelang suku ke-3

Gabenor Bank of Canada (BOC) Tiff Macklem berkata tiada lagi kenaikan kadar faedah akan diperlukan jika inflasi turun seperti yang dijangkakan.

Dalam ucapan kepada penganalisis kewangan di Quebec pada Selasa, Macklem mengatakan bank pusat itu tidak perlu meningkatkan kadar lagi sekiranya data baharu yang dikeluarkan sejajar dengan ramalan.

Tambah beliau lagi, inflasi kini sudah menurun yang menunjukkan dasar monetari berfungsi, di mana pertumbuhan ekonomi dijangkakan hampir kepada sifar menjelang suku ketiga tahun ini.

Bank pusat itu adalah antara yang paling agresif dalam melaksanakan pengetatan dasar untuk memerangi inflasi yang melambung tinggi.

Sejak 11 bulan lalu, ia telah meningkatkan kadar sebanyak 4.5% untuk mengurangkan inflasi yang kini mula berkurangan sebagai reaksi kepada langkah tersebut.

Pada mesyuarat bulan lalu, bank pusat itu menyampaikan isyarat untuk menangguhkan langkah selanjutnya bagi menilai kesan kumulatif kenaikan kadar sebelum ini kepada ekonomi.

Sebelum ini secara berasingan, beliau mengatakan bahawa BOC memerlukan masa untuk mengukur bagaimana isi rumah dan perniagaan menyesuaikan diri dengan kadar faedah yang tinggi sebelum membuat langkah selanjutnya.

Dolar Kanada diniagakan sedikit berubah pada sekitar 1.3394 berbanding dolar Amerika pada sesi Asia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat