BOC Beritahu Kenapa Semua Bank Pusat Perlu Miliki Matawang Kripto Sendiri

427

Timbalan gabenor Bank of Canada (BOC), Timothy Lane semalam memberi nasihat kepada bank-bank pusat untuk bersedia dengan matawang digital masing-masing jika pengawal selia menyekat matawang kripto, Libra.

Kali terakhir Libra menjadi tumpuan media adalah pada April, di mana Facebook dilaporkan rombak semula reka bentuk aset itu termasuk sistem pembayaran dan penambahan stablecoin, bertujuan untuk menepati piawaian yang ditetapkan.

Libra dilihat sebagai aset yang mampu meningkatkan kualiti pembayaran rentas sempadan. Malah, mampu menarik lebih ramai pengguna berbagai latar belakang menjadi sebahagian ekonomi global.

Namun, status Libra yang masih samar menyebabkan bank pusat perlu mengambil inisiatif, menggantikan dengan CBDC. Melalui cara itu, bank pusat akan lebih bersedia untuk melancarkan aset digital masing-masing pada bila-bila masa.

Buat masa sekarang BOC masih lagi dalam proses menubuhkan matawang digital bank pusat (CBDC) dengan fokus menitikberatkan tanggapan penduduk Kanada mengenai aset digital.

Tidak dinafikan aset digital merupakan satu-satunya penyelesaian bagi ekonomi yang merundum akibat COVID-19, namun Lane lebih selesa melabel CBDC sebagai aset yang berisiko ekoran daripada persaingan dalam pertukaran kripto dan bank, dan bagaimana matawang digital digunakan untuk transaksi.

Pada waktu yang sama, baru-baru ini Financial Stability Board, FSB termasuk G20 telah mengeluarkan cadangan peraturan menentang stablecoins global seperti Libra, dengan alasan akan melemahkan keupayaan pemerintah dalam menentukan dasar monetari dan pelaburan di dalam sempadan.

Pengarah dasar polisi Libra Association, Julien Le Goc menjelaskan kemajuan yang akan diperkenalkan bukan untuk mengganggu sistem atau mewujudkan persaingan tetapi bertujuan mempelbagaikan lagi pilihan pembayaran pengguna dan melancarkan sistem.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat