BOC Kekalkan Kadar Faedah, USD/CAD Menjunam Lebih 100 Pips!

260

Dolar Kanada mengukuh pada sesi New York semalam setelah bank pusat Kanada mengekalkan kadar faedah pada mesyuarat polisi monetari untuk edisi Disember.

Bank of Canada (BOC) kekalkan kadar faedah di paras 1.75% tidak berubah dan menambah lagi dengan kenyataan bernada hawkish yang meningkatkan lagi keyakinan pelabur.

Dengan berdasarkan data-data ekonomi semasa, bank pusat melihat ekonomi Kanada berkembang baik dan ini akan mengurangkan lagi situasi pelonggaran dasar oleh bank pusat.

Melihatkan pergerakan dolar Kanada pada carta harga khususnya pada pasangan matawang USD/CAD, harga telah mencatatkan penurunan lebih 100 pips untuk dagangan harian.

Harga yang menguji paras halangan Moving Average 50 (MA50) di bawah paras tumpuan 1.33000, kemudiannya telah mencatatkan penurunan awal pada sesi Eropah menuju zon RBS (resistance become support) sekitar 1.32700.

Penurunan lebih ketara harga berlaku pada sesi New York susulan keputusan penetapan kadar faedah oleh BOC diterbitkan.

Harga menjunam sehingga melepasi paras lebih rendah di bawah 1.32000 menguji zon support pada dagangan November lalu.

Bersambung pada sesi pasaran Asia hari ini, harga masih dilihat meneruskan penurunan namun dengan momentum harga yang lebih perlahan. Penurunan terendah kini mencecah paras 1.31800 dan paras ini juga dilihat sebagai zon RBS (resistance become support) utama pada carta USD/CAD.

Jika harga berjaya meneruskan penurunan lebih rendah, harga dilihat akan menuju ke paras 1.31200 yang juga merupakan zon RBS di paras lebih rendah.

Namun pelabur berwaspada menantikan keputusan mesyuarat OPEC pada hari ini yang bakal pengaruhi dagangan Loonie.

Jika Loonie kembali diniagakan lemah, harga bakal melonjak kembali menuju paras tumpuan sekitar 1.32400 sebelum menguji semula zon SBR (support become resistance) 1.32700 sebelum ini.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat