BOC Potong Kadar Faedah 50 Mata Asas, USD/CAD Melonjak 100 Pips!

262

Menjadi tumpuan pasaran pada sesi New York semalam adalah keputusan mesyuarat dasar monetari bank pusat Kanada yang mengikuti jejak langkah Federal Reserve (Fed) untuk menurunkan kadar faedah.

Bank of Canada (BOC) mengumumkan untuk mesyuarat Mac bahawa kadar faedah diturunkan 50 mata asas kepada 1.25% dengan faktor yang sama iaitu impak negative penularan wabak Coronavirus COVID-19 terhadap ekonomi.

Kos pinjaman yang jatuh ke paras terendah sejak Jun 2018 itu juga merupakan pertama kali tindakan bank pusat memotong 50 mata asas sejak Mac 2009. Ahli mesyuarat juga bersetuju bahawa suku pertama 2020 akan melemah berbanding jangkaan.

Susulan pengumuman tersebut, pasaran menyaksikan penyusutan ketara dolar Kanada dengan lonjakan harga pada carta pasangan matawang USD/CAD mencecah 100 pips ke paras lebih tinggi.

Harga pada mulanya yang bergerak dari paras 1.33800 pada awal sesi Asia bermula menunjukkan penurunan sehingga ke paras 1.33300.

Harga yang menguji paras 1.33300 di zon RBS (resistance become support) tersebut kemudiannya melonjak sehingga ke paras ketinggian 1.34300 setelah melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50).

Namun, harga menutup dagangan pada sesi New York di paras lebih rendah hampir kembali di atas paras harga 1.33800.

Pergerakan harga pada sesi Asia perlahan berikutan pelabur menantikan perkembangan bagi mesyuarat negara-negara pengeksport petroleum (OPEC) untuk membincangkan tindakan pengurangan pengeluaran ekoran ancaman Coronavirus.

Harga minyak mencatatkan sedikit kenaikan namun pengukuhan dolar Kanada agak terbatas susulan pemotongan besar-besaran kadar oleh BOC semalam.

Jika harga meneruskan kenaikan lebih tinggi, jangkaan kenaikan harga akan menuju ke paras ketinggian 1.34600 yang menjadi zon resistance bagi dagangan Februari.

Kenaikan yang berjaya melepasi zon tersebut bakal mencatatkan paras ketinggian terbaru 9 bulan.

Namun jika penurunan harga dipamerkan, zon RBS pada 1.33300 akan diuji semula sebelum harga meneruskan penurunan lebih rendah berkemungkinan menuju paras penting 1.33000 atau lebih rendah lagi pada zon RBS 1.32700.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat