BoC Semakin Tersepit – Pengetatan Dasar Monetari Dilanjutkan Dengan Kenaikan Kadar Sebanyak 0.5%!

213

Bank of Canada mengambil keputusan untuk meningkatkan kadar faedah penanda arasnya sebanyak 0.5 mata peratusan, meningkatkan kos pinjaman Kanada untuk kali keenam berturut-turut tahun ini sambil memberi amaran bahawa pertumbuhan ekonomi akan “terhenti” pada suku akan datang.

Ini menjadikan kadar faedah kepada 3.75 peratus buat kali pertama sejak awal 2008. Pasaran kewangan telah menjangkakan kenaikan kadar 0.75 mata peratusan yang lebih besar.

Bank pusat itu berkata bahawa kadar faedah mungkin perlu meningkat lebih tinggi untuk mengawal inflasi yang tinggi selama beberapa dekad. Namun dalam masa yang sama, BoC membuat kenyataan yang lebih dovish berbanding pengumuman sebelumnya, dengan menyatakan bahawa kos pinjaman yang lebih tinggi sudah menghimpit ekonomi. Ia berkata dalam ramalan ekonomi terkini bahawa terdapat kira-kira 50 peratus peluang kemelesetan berlaku di Kanada pada tahun hadapan.

“Kenaikan kadar masa depan akan dipengaruhi oleh penilaian terhadap agaimana dasar monetari yang lebih ketat berfungsi untuk memperlahankan permintaan, bagaimana cabaran bekalan diselesaikan, dan bagaimana jangkaan inflasi dan inflasi bertindak balas,” kata BoC dalam kenyataan terbaru.

Keputusan tersebut telah mengejutkan pasaran berikutan gabenor Bank of Canada, Tiff Macklem, jelas bersikap hawkish dalam komunikasinya menjelang pengumuman kadar dari BoC sehingga pemain pasaran dan pakar ekonomi sektor swasta menjangkakan kenaikan kadar yang lebih besar. Ramai beranggapan bank itu akan bergerak secara agresif untuk seiring dengan Rizab Persekutuan A.S. bagi mengelakkan kemerosotan dolar Kanada.

Kadar yang lebih tinggi menjadikannya lebih mahal bagi isi rumah dan perniagaan untuk meminjam wang. Secara tidak langsung mengekang permintaan untuk barangan dan perkhidmatan dan memperlahankan kadar pertumbuhan harga pengguna.

Pasaran perumahan telah mengalami kemerosotan yang panjang, manakala perbelanjaan pengguna dan pelaburan perniagaan semakin lemah. Eksport Kanada juga semakin lemah apabila rakan dagangan utama berada di ambang kemelesetan.

Bank itu mengurangkan ramalannya untuk pertumbuhan ekonomi Kanada. Ia kini menjangkakan 0.9 peratus pertumbuhan KDNK setahun pada tahun hadapan, turun daripada anggaran sebelumnya sebanyak 1.8 peratus.

“Pertumbuhan KDNK kemudiannya diunjurkan perlahan menjadi 0 peratus dan 0.5 peratus hingga akhir 2022 dan separuh pertama 2023,” lapor BoC dalam Laporan Dasar Monetari suku tahunannya, yang diterbitkan pada hari ini.

Walaubagaimanapun, pegawai bank percaya masih terdapat “permintaan berlebihan yang besar dalam ekonomi Kanada,” yang paling jelas kelihatan dalam kekurangan buruh dan kenaikan harga perkhidmatan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat