BOE Bakal Ambil Langkah Drastik?Ini Pandangan Para Pakar Perlu Diketahui Pasaran!

558

Bank of England (BOE) dijangka akan menjadi bank pusat yang pertama menaikkan kadar faedah seawal bulan hadapan berdasarkan analisis sebahagian ahli ekonomi Reuters.

BOE telah mengambil langkah mengejutkan dengan mengambil langkah untuk mengekalkan kadar faedah pada bulan Oktober. Berdasarkan soal selidik yang dijalankan antara 8 November sehingga 12 November, lebih separuh berpendapat bahawa kadar faedah dapat dinaikkan seawal tahun hadapan. Jika hal ini berlaku, ia akan menjadi kenaikan Disember pertama sejak 1994.

Pada ketika ini tumpuan adalah pada perkembangan pasaran buruh di UK dan mengharapkan indikasi lebih jelas dalam mesyuarat pada bulan Disember. Menurut Marchel Alexandrovich di Jefferies, “jika kedua-keduanya menunjukkan indikasi yang baik. Majoriti ahli MPC berfikirian adalah bagus untuk menaikkan kadar sebanyak 15 mata asas pada bulan Disember. Bagaimanapun, jika laporan Disember adalah lemah, maka ia jelas lebih baik untuk mengekalkannya.”

Walaupun begitu, para pakar ekonomi berpandangan langkah kenaikan kadar faedah adalah ibarat serampang dua mata.

Setakat ini, pemulihan ekonomi Britain daripada pandemik Covid-19,ketinggalan berbanding negara kaya lain pada suku lepas. Data rasmi pada hari Khamis menunjukkan pertumbuhan KDNK sebanyak 1.3%, pertumbuhan paling lemah dalam suku ketiga sejak negara itu mengenakan langkah berkurung.

UK sedang menghadapi masalah tambahan Brexit yang telah memburukkan lagi isu rantaian bekalan yang disebabkan oleh penularan wabak.

Justeru gabenor BoE Andrew Bailey berkata minggu lepas Bank akan bertindak jika ia melihat jangkaan inflasi yang lebih tinggi mendorong kenaikan gaji.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat