BoE McCafferty: Ekonomi Britain Dijangka Perlahan Tiga Tahun Akan Datang

35

Pembuat dasar polisi Bank of England (BoE) Ian McCafferty memberi komentar berkenaan kelembapan ekonomi British di dalam Konferens yang diadakan pada hari ini.

Antara yang diutarakan, McCafferty ialah beliau meramalkan bahawa ekonomi akan bergerak perlahan dalam jangka waktu 3 tahun ini. Kebarangkalian pertumbuhan ekonomi hanya pada paras 1.5%.

Pada bulan lepas BoE meramalkan pertumbuhan ekonomi adalah pada kadar 1.7%. bagi 2017 dan 1.6%. bagi 2018.

Tambah McCafferty, dengan mengimbangkan inflasi dan kapasti ekonomi (jumlah pengeluaran ekonomi), dapat meningkatkan kadar faedah dalam jangka waktu yang lebih pantas dari yang sepatutnya.

Kenyataan ini hanyalah pandagan peribadi McCafferty yang merupakan salah seorang ahli yang berpengaruh dalam komuniti monetari polisi (MPC) yang menyokong pandangan peningkatan kadar faedah pada beberapa bulan sudah.

McCafferty adalah seorang daripada tiga ahli MPC yang mengundi untuk menaikkan kadar faedah dalam mesyuarat BoE pada 15 Jun 2017. Beliau juga mengundi kenaikan kadar faedah dalam dua mesyuarat bank pusat sebelum ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat