BoE Mengekalkan Kadar 0.25%, Gbp/Usd Menjunam

41

Bank of England (BoE) sebentar tadi mengekalkan kadar (Bank Rate) di paras 0.25%. Bank pusat masih tetap menggunakan polisi monetari bagi mencapai kadar inflasi 2% dan dalam masa yang sama menyokong pertumbuhan ekonomi dan pasaran buruh di UK.

Bank pusat juga masih meneruskan program pembelian bon korporat yang berjumlah $10 billion Pound, dengan program pembelian bon-kerajaan berjumlah $435 billion Pound. Kedua-dua program ini adalah contoh polisi monetari yang menggunakan alat ‘Open Market Operation‘ (OMO).

Dalam kenyataan awal yang dikeluarkan, bank pusat dilihat tidak cenderung kepada mengetatkan polisi dan masih menunggu lebih bukti-bukti ekonomi sebelum mengubah polisi monetari sedia ada. Ada ahli MPC yang melihat peningkatan risiko terhadap inflasi, tetapi majoriti dari mereka masih mahu polisi dikekalkan.

Ramalan ekonomi pula telah dikaji semula dan dinaikkan dari ramaln sebelum ini dari 1.4% kepada 2.0%. Ramalan yang lebih tinggi ini adalah kesan daripada polisi monetari semasa dan keadaan ekonomi global yang semakin baik.

Ramalan inflasi pula tidak diubah kali ini, walaupun pasaran menjangka akan ada kenaikan dalam ramalan petunjuk ekonomi ini. Polisi semasa banyak bergantung kepada kelemahan Pound yang menolak inflasi ke atas dengan kadar gaji tidak banyak berubah.

Menurut MPC, bank pusat tidak akan teragak-agak untuk melonggarkan polisi jika terdapat kejatuhan perbelanjaan pengguna secara mendadak.

Pound jatuh mendadak dengan Gbp/Usd melemah 145 pip setakat pada masa artikel ini ditulis.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat