BOE ‘Risik’ Kadar Faedah Negatif! Adakah Ini Satu Petanda Yang Baik?

251

Timbalan Gabenor Dave Ramsden pada hari Rabu tampil menyuarakan pandangan beliau mengenai kadar faedah yang sesuai untuk Britain yang dimana ekonomi negara itu sedang dihimpit dengan isu perdagangan dan penularan wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan. Dalam masa yang sama, bank pusat Britain juga sedang meninjau kadar faedah di bawah sifar untuk diimplimentasikan jika perlu.

Menurut Ramsden, mengurangkan kadar faedah di bawah sifar adalah berisiko dan dapat merosakkan keupayaan bank Britain untuk memberi pinjama dan pada masa ini dasar ini bukan alat yang tepat unuk Bank of England (BoE) untuk merangsang ekonomi. Ramsden menyatakan bahawa beliau lebih cenderung pada langkah pembelian aset, dengan alasan ia dapat meningkatkan permintaan.

Berdasarkan soal selidik Reuters, para ahli ekonomi menjangkakan bahawa BoE akan memperluas program pembelian asetnya sebanyak 100 bilion pound pada bulan hadapan menjadi 845 bilion pound namun tidak menjangkakan bahawa kadar di bawah sifar pada tahun ini.

Pada bulan Ogos yang lalu Gabenor BoE Andrew Bailey menyatakan bahawa bank pusat sedang mempertimbangkan kadar faedah negatif sepertimana dasar yang diguna pakai oleh Bank Pusat Eropah dan Bank Pusat Jepun.

Ramsden menyatakan bantahan bahawa kadar faedah negatif dapat mengurangi insentif bank untuk memberi pinjaman. Akhir sekali, beliau menyatakan rasa kekhuatiran bahawa kadar pengangguran akan lebih tinggi dan impak pandemik yang berpanjangan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat