BOE Sedia Naikkan Kadar Faedah Seawal Bulan Hadapan?

410

Ketua ekonomi Bank of England Huw Pill menyatakan bahawa berdasarkan perkembangan ekonomi sejak akhir-akhir ini bahawa terdapat bukti sokongan yang memihak kepada kenaikan kadar pada bulan hadapan. Walaubagaimanapun beliau setakat ini tidak membuat apa-apa keputusan dan pasaran adalah lebih menumpukan pada jangka masa panjang.

Selain itu, Pil juga menyatakan bahawa beliau sedia maklum bahawa terdapat kecenderungan dalam kalangan para penggubal dasar yang menyokong BOE menaikkan kadar faedah sebanyak 15 mata asas kepada 0.25%.

Pada bulan ini BoE telah mengambil pendirian untuk tidak menaikkan kadar faedah daripada paras rendah mereka iaitu 0.1% dan dalam masa yang sama komen daripada Gabenor Andrew Bailey pada akhir bulan Oktober ditafsirkan bahawa kenaikan kadar faedah semakin hampir.

Selapas itu, inflasi pula meningkat kepada paras tertinggi 10 tahun sebanyak 4.2% dan data pengangguran tidak menunjukkan pengangguran yang lebih tinggi walaupun pakej rangsangan pengangguran di tamatkan.

Dua daripada penggubal dasar BoE mengundi untuk menaikkan kadar kepada 0.25% bulan ini. Pill disisi lain tidak memberi maklum balas bahawa adakah langkah ini adalah selamat ataupun tidak. Walaupun adalah mudah untuk menaikkan kadar faedah kepada gandaan 0.25%, tetapi tidak ada keperluan mendesak untuk berbuat demikian jika skala pengetatan yang berbeza terbukti sesuai, tambahnya

Pill menyatakan hubung kait dasar menjadi lebih rumit disebabkan oleh risiko dua hala terhadap pertumbuhan ekonomi dan inflasi, berbeza dengan risiko penurunan yang besar semasa pandemik Covid-19. Beliau lebih memilih untuk memahamkan pasaran bahawa tumpuan pada jangka masa sederhana dan panjang adalah lebih baik bagi mengurangkan kepanikan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat