BOE & SNB Dijangka Kekal Kadar Faedah, Atau Bakal ‘Cut Rates’?

127

Pergerakan pasaran perlahan di sesi New York semalam berikutan cuti di Amerika Syarikat (AS) sempena Juneteenth Day membuatkan pelabur kekal berhati-hati.

Seperti dijangkakan, US dolar bergerak mendatar sahaja dengan ketiadaan arah yang jelas semalam dengan tumpuan di penghujung minggu ini akan terarah kepada data PMI sektor pembuatan dan perkhidmatan yang bakal diterbitkan.

Namun pada hari ini (Khamis), tumpuan akan diberikan kepada mesyuarat polisi monetari bank pusat Switzerland (SNB) dan England (BOE).

Pasaran menjangkakan kedua-duanya untuk mengekalkan kadar faedah tidak berubah masing-masing pada 1.50% dan 5.25%.

Walaupun BOE dijangkakan untuk mengekalkan kadar faedah pada 5.25%, namun terdapat juga jangkaan kemungkinan bahawa bank pusat itu untuk menurunkan kadar faedah.

Ini berikutan isyarat terdahulu yang telah disampaikan selain data-data ekonomi terbaru termasuk inflasi UK semalam yang mencatatkan penurunan.

Langkah pemotongan kadar faedah oleh bank-bank pusat utama tidak lagi menjadi kejutan ketika ini ekoran kempen pelonggaran dasar itu sudah pun dimulakan seperti yang dilakukan oleh Bank of Canada (BOC) dan European Central Bank (ECB) baru-baru ini.

Di sesi New York malam ini, data tuntutan faedah pengangguran AS akan diperhatikan untuk pelabur menilai kesihatan sektor buruh semasa selepas peningkatan jumlah tuntutan yang agak ketara pada minggu sebelum ini.

Turut akan diterbitkan bersama adalah data permit pembinaan, indeks pembuatan oleh Fed Philadelphia serta data perumahan baru.

Data-data ini bakal menjadi pemacu untuk pergerakan semula US dolar yang mendatar semalam sebelum beberapa lagi data menjadi tumpuan pada Jumaat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat