Boeing 737 Max Bakal Terbang Semula

290

Pesawat Boeing 737 Max dijangka akan mula beroperasi semula dalam masa terdekat selepas tidak dibenarkan berbuat demikian sejak Mac tahun lalu.

Lapor BBC, walau bagaimanapun, Pentadbiran Penerbangan Awam (FAA) telah menghantar satu dokumen yang memperincikan segala perubahan yang perlu dilakukan oleh syarikat Boeing sebelum pesawat itu dibenarkan terbang semula.

FAA mengarahkan perubahan dilakukan dari aspek aplikasi kawalan udara, prosedur keselamatan melibatkan krew dan melakukan pemasangan semula terhadap wayar dalam pesawat.

Jelas FAA, perubahan itu dicadangkan sendiri oleh Boeing selepas syarikat terbabit mengenal pasti punca dua kemalangan berkenaan.

Pesawat 737 Max tidak dibenarkan terbang susulan dua kemalangan meragut 346 nyawa di Indonesia dan Ethiopia.

Kesemua pesawat yang dihantar kepada Boeing perlu mengikut reka bentuk yang dicadangkan dalam dokumen itu, sama ada yang sudah ditempah atau belum dibuat.

Ujar jurucakap Boeing kepada BBC, mereka berharap pesawat 737 Max akan beroperasi pada awal tahun hadapan.

Selain itu, Boeing juga akan menjalankan latihan simulasi 737 Max di Lapangan Terbang Gatwick.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat