BOJ – Kadar Faedah Tidak Berubah, Beri Isyarat Jelas Mengenai Pelonggaran Polisi Akan Datang

227

Bank pusat Jepun (BOJ) menepati jangkaan pasaran dengan menetapkan kadar faedah jangka pendek utamanya tidak berubah pada -0.10% di mesyuarat BOJ dan turut memberi isyarat yang lebih jelas terhadap pemotongan kadar pada masa akan datang.

Penggubal dasar juga mengekalkan sasaran hasil bon kerajaan Jepun (JGB) selama 10 tahun pada 0.00%. Berkenaan dengan jumlah JGB yang akan dibeli, bank akan melakukan pembelian secara fleksibel sehingga pegangannya meningkat kepada kadar tahunan kira-kira 80 trilion yen ($736 bilion).

Berikutan daripada itu, matawang yen mengukuh berbanding dolar USD pada $108.7 dan turut disokong oleh pengurangan kadar faedah oleh Fed yang telah memberi tekanan kepada dagangan USD pada hari ini.

BOJ turut memberitahu mengenai kadar faedah jangka pendek dan jangka panjang mungkin akan kekal pada paras semasa atau lebih rendah, dengan turut menekankan kebimbangannya terhadap risiko global yang akan menjejaskan pemulihan ekonomi negara.

Berdasarkan laporan tinjauan suku tahunan, BOJ menyatakan jika ekonomi kehilangan momentum untuk mencapai sasaran inflasi, mereka tidak teragak-agak untuk mengambil langkah pelonggaran tambahan.

Dalam unjuran suku tahunan yang baru, BOJ juga mengurangkan unjuran inflasi memandangkan kejatuhan kos bahan api dan kelemahan perbelanjaan isi rumah memberi kesan kepada pertumbuhan harga.

Momentum untuk mencapai sasaran kestabilan harga pada 2% masih kekal stabil tetapi belum cukup kukuh dan dengan itu, sebarang perkembangan dalam harga perlu terus diberi perhatian.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat