BOJ Kekalkan Kadar Faedah – Ini Jangkaan Kesan Pergerakan Harga Pada USD/JPY

512

Keputusan mesyuarat dua hari polisi monetari oleh bank pusat Jepun diputuskan hari ini dengan Bank of Japan (BOJ) mengekalkan kadar faedah di paras -0.10% seperti sebelum ini sementara sasaran hasil pulangan kerajaan 10-tahun JGB kekal di paras sifar.

Keputusan untuk kadar faedah terus dikekalkan berdasarkan undian 7-2 dengan ahli mesyuarat Goushi Kataoka dan Yutaka Harada berbeza pendapat berbanding majoriti ahli yang lain.

Bank pusat tidak mengubah panduan hadapan polisi yang ditetapkan pada April lalu di mana, bank pusat bercadang untuk mengekalkan kadar faedah yang sangat rendah dengan tempoh masa yang dilanjutkan sekurang-kurangnya sehingga musim bunga tahun 2020 nanti.

Berdasarkan laporan Reuters berkenaan penilaian ekonomi oleh BOJ, ekonomi Jepun berkembang pesat walaupun kadar eksport dan pengeluaran terjejas ekoran kelembapan ekonomi luar negara.

Selain itu, bank pusat akan memantau bagaimana risiko penurunan pada ekonomi luar negara mempengaruhi sentimen korporat dan isi rumah di Jepun.

Secara teknikal, pergerakan pada carta harga pasangan matawang USD/JPY telah membuat penurunan sehingga melepasi paras zon support 107.900 sebelum ini mencatatkan paras terendah yang terbaru sejak fenomena ‘flash-crash’ awal Januari lalu.

Penurunan tersebut juga turut didorong oleh kejatuhan nilai dolar Amerika Syarikat susulan komen dovish bank pusat pada mesyuarat FOMC awal pagi tadi.

Penurunan harga pada USD/JPY mampu mencecah ke paras sekitar support 107.077 (MagicS3) pada indicator Moshed Magic Line hari ini dengan mencatatkan lebih 100 pips penurunan harian sejak sesi pasaran Asia bermula.

Namun jika harga kembali membuat kenaikan semula, berkemungkinan pembetulan harga dijangka akan menguji paras Magic Pivot 108.203 hari ini yang berada pada zon SBR (support become resistance) yang terbaru.

Berwaspada juga terhadap kemungkinan aktiviti pengambilan keuntungan untuk posisi dagangan terdahulu pada setiap penghujung minggu.

Lihat gambar chart pasangan matawang USD/JPY untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko pada posisi dagangan anda.

Paras support: 107.792, 107.488, 107.077.

Paras resistance: 108.507, 108.918, 108.222.

Team INTRADAY menggunakan bacaan dan carta forex dari Broker SaracenMarkets.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat