BOJ Kekalkan Kadar Faedah, Kadar Negatif Lebih Mendalam Akan Jadi Pilihan Dasar

294

Pada mesyuarat penetapan dasar monetari Disember, Bank of Japan (BOJ) telah menetapkan kadar faedah untuk kekal di paras -0.10% tidak berubah seperti yang dijangkakan oleh pasaran, dan mengekalkan sasaran hasil pulangan bon 10 tahun kerajaan pada 0.00%.

Penetapan ini menunjukkan bahawa para penggubal dasar tidak terburu-buru untuk mencetuskan ransangan meskipun masih terdapat risiko global yang boleh menjejaskan pemulihan ekonomi Jepun.

Keputusan itu dibuat selepas tinjauan Tankan BOJ menunjukkan sentimen perniagaan pada suku keempat di kalangan pengeluar besar Jepun, merosot ke paras terendah dalam tempoh tujuh tahun.

Bagaimanapun, pembacaan itu tidak menjejaskan keputusan BOJ untuk mengikut jejak Federal Reserve AS dan Bank Pusat Eropah (ECB) yang mengekalkan kadar faedah masing-masing tidak berubah pada minggu lepas.

Ekonomi Jepun dilihat akan terus berkembang dengan sederhana sebagai trend, memandangkan kesan daripada kelembapan ekonomi global ke atas permintaan domestik dijangka terbatas.

Penilaian terhadap pengeluaran kilang pula dikurangkan selepas pengeluaran jatuh kerana terjejas oleh kelembapan bencana alam yang melanda negara itu.

Panduan ke atas kadar faedah pula dikekalkan dengan memberitahu ia akan terus kekal pada tahap semasa atau lebih rendah selagi terdapat kemungkinan akan berlaku kehilangan momentum dalam kestabilan harga.

Sementara itu dalam ucapan Gabenor BOJ Haruhiko Kuroda berkata kadar faedah negatif yang lebih mendalam akan terus menjadi pilihan dasar untuk BOJ tetapi ia tidak boleh terus dikekalkan untuk selamanya kerana ia akan menjejaskan institusi kewangan.

Beliau juga memberitahu bank pusat akan terus memantau perkembangan dalam rundingan dagang Amerika Syarikat dan China. Risiko luaran juga dikatakan semakin berkurang ekoran pencapaian perjanjian fasa pertama oleh dua negara itu, tetapi ia masih tinggi.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat