BoJ: Permintaan Luar Dan Domestik Yang Tinggi Meransang Pertumbuhan Ekonomi

56

Gabenor BoJ, Haruhiko Kuroda hari ini mengekalkan kesederhanaan terhadap pandangan ekonomi, memberi petunjuk bahawa kadar pemulihan ekonomi semakin mengukuh walaupun inflasi lemah.

Menerusi teks ucapan beliau dalam mesyuarat ketua perniagaan di Osaka, Kuroda kekal optimis dengan perbelanjaan pengguna dan hasil eksport berikutan permintaan luaran dan domestik yang tinggi meransang pertumbuhan ekonomi negara yang turut dikenali dengan kedudukan ekonomi ketiga terbesar dunia.

Ucapan ini dikeluarkan selepas beliau menjelaskan keyakinan terhadap ekonomi diikuti dengan penetapan kadar faedah yang kekal di paras -0.10 peratus pada minggu lepas. Data eksport, perbelanjaan pengguna dan pasaran buruh terkini juga menunjukkan ekonomi sedang berkembang baik.

Sebahagian penganalisis menjangkakan perkembangan yang lebih baik pada suku tahun berikutnya, walaupun inflasi masih rendah. Namun sebahagian ahli ekonomi yang lain telah hilang keyakinan terhadap dasar monetari BoJ.

Inflasi pengguna kekal di bawah sasaran 2% bank pusat Jepun, walaupun ransangan secara besar-besaran telah di lakukan. Namun, BoJ tetap berjanji akan terus menguatkan lagi pelonggaran monetari dengan tujuan supaya sasaran tersebut dapat di capai lebih awal daripada jangkaan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat