BOJ Tankan: Sentimen Perniagaan Jepun Melonjak Ke Paras Tertinggi 10 Tahun Lalu

104

Pengeluar terbesar lebih yakin dengan situasi perniagaan di Jepun berbanding beberapa puluh tahun yang lalu, berikutan permintaan yang tinggi, meningkatkan momentum pemulihan ekonomi.

Data kaji selidik bank pusat Jepun “tankan” meningkat diluar jangkaan, didorong oleh harapan ekonomi akan terus kekal pulih, meningkatkan pendapatan dan perbelanjaan isi rumah, serta mempercepatakan pertumbuhan inflasi ke aras sasaran 2 peratus bank pusat.

Selain itu, penganalisis mengatakan bacaan ini turut akan membantu bekan perdana menteri, Shinzo Abe berikutan beliau akan cuba meyakinkan pengundi pada pilihan raya 22 Oktober nanti dengan mengatakan ransangan dasar beliau telah meningkatkan taraf hidup mereka.

Yuichiro Nagai, ahli ekonomi daripada Barclays Sekuriti Jepun berkata, “Keputusan lebih kuat daripada jangkaan. Sentimen pengeluar-pengeluar terbesar mungkin didorong oleh kelemahan yen dan keuntungan korporat yang lebih besar”.

Nagai juga memberitahu bahawa syarikat-syarikat tersebut agak berhati-hati dengan pandangan ekonomi mereka, kerana masih banyak lagi ruang untuk penambahbaikan. Hal ini kerana jangkaan paras yen ditetapkan lebih tinggi daripada paras semasa, yang mana akan membantu syarikat tersebut meraih keuntungan yang lebih banyak jika paras tersebut jatuh daripada jangkaan yang ditetapkan.

Kaji selidik suku tahunan Tankan BoJ menunjukkan indeks sentimen pengeluar terbesar meningkat 22 pada bulan September, angka tertinggi sejak September 2007. Bacaan tersebut lebih tinggi daripada +17 yang dapat dilihat pada laporan kaji selidik bagi bulan Jun yang lalu, merekodkan perkembangan empat suku tahun berturut-turut.

Bagi bacaan indeks sentimen tankan bagi industri bukan-pengeluar pula meningkat +23, bacaan yang sama seperti suku tahun yang lalu.

Syarikat-syarikat besar dijangka akan menaikkan modal perbelanjaan kepada 7.7 peratus dalam fiskal tahunan semasa (tempoh persediaan penyata kewangan) yang berakhir pada Mac 2018. Berdasarkan laporan kaji selidik, kedua-dua industri pengeluar dan bukan pengeluar menjangkakan perniagaan mereka akan merosot dalam tempoh tiga bulan hadapan, mencerminkan kebimbangan mereka tentang pandangan ekonomi yang tidak menentu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat