BOJ Tetapkan Pendirian, Kekal Dengan Kadar Faedah Yang Rendah

246

Bank of Japan (BOJ) tetap dengan pendirian untuk mengekalkan kadar faedah di paras terendah walaupun pada masa yang sama ia turut memberi amaran mengenai risiko ekonomi yang rapuh dan turut menaikkan ramalan terhadap inflasi.

Keputusan itu dibuat beberapa jam sebelum mesyuarat Bank Pusat Eropah (ECB) yang dijangkakan secara meluas bakal menaikkan kadar faedah untuk pertama kali dalam tempoh 11 tahun.

Pada mesyuarat polisi yang berlangsung pada Khamis, BOJ memutuskan untuk menetapkan kadar faedah pada -0.10% dan sasaran hasil bon kerajaan Jepun 10 tahun sekitar 0%.

Bank pusat itu turut menurunkan unjuran pertumbuhan ekonominya untuk tahun ini berikutan ketidakpastian yang tinggi menyelubungi ekonomi negara itu.

Ini kerana Jepun kini bergelut untuk menangani kesan pandemik global dan perang Ukraine, sementara harga komoditi terus meningkat.

Prospek global juga menjadi suram apabila inflasi di luar negara mencetuskan kebimbangan kemelesetan yang diburukkan lagi oleh perang berterusan Rusia di Ukraine.

Kebimbangan BOJ terhadap pertumbuhan dikaitkan dengan pandangannya bahawa pemulihan yang kukuh diperlukan untuk membantu menjadikan inflasi mampan.

Walaupun bank pusat turut menaikkan unjuran inflasinya untuk tahun fiskal semasa dengan purata harga mencecah 2.3% untuk tahun berakhir pada Mac, ia melihat momentum itu perlahan dalam 12 bulan berikutnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat