Boleh Ke Emas Melonjak Lagi Hari Ini?

655

Harga emas didagangkan stabil ketika sesi Asia setelah kemerosotan hasil bon AS dan US dolar yang lemah mendorong lonjakan 0.76% ke sekitar paras harga $1,745 per auns.

Indeks harga pengguna (CPI) yang menjadi pengukur kepada kadar inflasi, mencatatkan kenaikan tertinggi dalam tempoh 8 setengah tahun pada bulan Mac sebanyak 0.6%.

Secara tahunan, kadar inflasi mengalahkan jangkaan untuk peningkatan 2.5% dengan meningkat sebanyak 2.6%, iaitu kenaikan tertinggi sejak Ogos 2018.

Penyusutan dolar greenback pada sesi sebelum ini menunjukkan bahawa pelabur tidak menganggap bacaan inflasi yang tinggi ini akan mendorong Fed untuk mengetatkan dasarnya.

Sementara itu, lelongan bon 30 tahun yang berjalan semalam menunjukkan permintaan yang tinggi, menyebabkan hasil bon susut ke sekitar paras 1.62%.

Dalam pada itu, kebimbangan baru pasaran mengenai penangguhan vaksin Covid-19 keluaran Johnson & Johnson turut menyokong sentimen terhadap harga emas.

Pentadbiran Makanan dan Ubatan (FDA) Amerika Syarikat dan Pusat Kawalan Penyakit (CDC) mengumumkan pada hari Selasa bahawa mereka akan menghentikan penggunaan vaksin selepas enam penerima mengalami masalah darah beku setelah menerima suntikan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat