Boleh Ke EUR/USD Tembus Resistance 1.1900 Hari Ini?

679

US dolar terus pamerkan kemerosotan dalam dagangan pada awal sesi Asia hari ini selepas pergerakan mendatar harga dalam pasaran pada awal minggu.

Kebimbangan terhadap penularan Coronavirus di Amerika Syarikat (AS) masih lagi menjadi faktor yang memberi tekanan terhadap ekonomi.

Turut menjadi perhatian pelabur adalah hubungan antara AS dan China dengan perkembangan kurang memberangsangkan susulan rundingan pada Sabtu lalu ditangguhkan tanpa tetapan tarikh terbaru.

Setiausaha Perdagangan AS, Wilbur Ross menyatakan China membeli produk pertanian AS dengan jumlah yang besar. Namun, Jabatan Perdagangan AS yang mengumumkan bahawa 38 fasiliti Huawei telah ditambah dalam senarai hitam As, menimbulkan persoalan terhadap ketidaktentuan hubungan antara dua ekonomi terbesar dunia tersebut.

Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan matawang utama EUR/USD, harga menepati jangkaan untuk membuat kenaikan menuju paras resistance 1.19000.

Pergerakan harga pada awal minggu perlahan namun kekal bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga yang menunjukkan trend kekal bullish.

Sesi Asia pagi ini melihatkan harga masih meneruskan kenaikan dengan penyusutan berterusan nilai US dolar dalam pasaran dan harga berjaya mengatasi paras ketinggian harian semalam pada 1.18800.

Harga bakal menguji zon resistance 1.19000 dan jika momentum dapat dikekalkan, harga akan terus membuat kenaikan ke paras ketinggian terbaru sekaligus mencatatkan paras tertinggi sejak dagangan Mei 2018.

Namun jika paras resistance tersebut gagal ditembusi, jangkaan harga akan kembali membuat penurunan semula melepasi paras sokongan MA50 seterusnya menuju zon RBS (resistance become support) pada 1.18000.

Penurunan lebih rendah akan ke zon support lebih rendah pada 1.17200 yang masih gagal ditembusi sejak diuji pada penghujung Julai lalu.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat