Boleh Ke GBP/USD Capai Semula Ke Paras $1.4000?

277

Situasi penyusutan US dolar yang berkemungkinan bersambung pada dagangan minggu ini akan memberi ruang untuk mata wang Eropah termasuk Pound untuk mencatatkan peningkatan.

Berbeza berbanding Euro, pergerakan Pound pada minggu lalu agak terhad untuk membuat kenaikan, sebaliknya mempamerkan corak penurunan harga.

Ketidaktentuan Brexit melibatkan isu Ireland Utara dilihat akan memberi tekanan terhadap Pound pada minggu ini selepas data-data ekonomi tumpuan UK yang diterbitkan minggu lalu gagal melonjakkan mata wang tersebut.

Pada carta harga pasangan GBP/USD, harga telah susut dari paras ketinggian 1.4000 minggu lalu selepas menguji zon rintangan tersebut sehingga mencecah ke paras 1.38300 di zon RBS (resistance become support).

Selepas gagal menembusi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta GBP/USD sehingga penghujung minggu lalu, harga memulakan dagangan minggu ini di sesi Asia dengan menembusi halangan MA50 tersebut untuk memberi isyarat awal perubahan trend.

Harga perlu melepasi paras 1.39000 atau lebih tinggi untuk petunjuk lebih jelas bagi kenaikan harga yang selanjutnya.

Kenaikan harga dilihat akan kembali menguji sekali lagi rintangan 1.4000 setelah gagal pada minggu lalu. Seterusnya, sasaran paras ketinggian lebih tinggi dilihat berada di apras 1.41000.

Namun jika Pound gagal menahan tekanan pada minggu ini, pelabur berkemungkinan menyaksikan kejatuhan harga lebih rendah melepasi zon RBS 1.38000.

Penurunan lebih rendah harga boleh menuju sehingga ke zon support 1.37000 yang dicecah harga pada dagangan awal April yang lalu.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat