Boleh Ke GBP/USD Terus Kekal Takluki Puncak?

762

Di samping mengambil kesempatan terhadap penyusutan berterusan US dolar pada minggu ini, Pound Sterling berjaya mengukuh ke paras tertinggi berbanding US dolar sejak April 2018.

Seperti yang dipamerkan pada carta pasangan mata wang GBP/USD, momentum kenaikan harga masih kukuh sehingga sudah melepasi paras 1.38000.

Pound Sterling disokong oleh hasil bon UK yang meningkat dengan jangkaan untuk pemulihan ekonomi di negara itu berikutan langkah vaksinasi yang sedang dipergiatkan.

Trend pengukuhan pada nilai Pound ini juga dilihat tercetus selepas mesyuarat polisi bank pusat England (BOE) minggu lalu dengan petunjuk untuk tidak melaksanakan kadar faedah negatif.

Kenaikan harga pada carta GBPUSD sehingga bersambung pada dagangan Selasa dilihat telah menuju ke paras rintangan 1.38300 dengan jangkaan momentum harga yang berterusan akan menyaksikan lonjakan lebih tinggi selepas ini.

Sasaran pada kenaikan seterusnya dilihat ke paras harga 1.14000 untuk harga terus merekodkan paras tertinggi terbaru.

Namun pelabur berwaspada dengan risiko yang perlu mata wang Britain tersebut berdepan yang berkemungkinan akan memberi kesan kejatuhan harga semula.

Susulan laporan vaksin AstraZeneca yang kurang keberkesanan terhadap varian virus Afrika Selatan sebelum ini, pegawai UK memberi amaran bahawa langkah vaksinasi bakal berdepan halangan. Dan ini berkemungkinan akan menyebabkan sekatan pergerakan dilanjutkan.

Sekiranya harga membuat penurunan semula, paras 1.37000 akan menjadi zon RBS (resistance become support) yang akan bertindak sebagai zon sokongan harga.

Namun jika harga terus menjunam lebih rendah, pelabur bakal menilai perubahan trend yang berlaku dan manjangkakan penurunan yang berterusan menuju ke zon tumpuan sebelum ini seperti pada 1.36000 dan juga 1.35000.

Data inflasi UK pada penghujung minggu turut akan menjadi tumpuan pelabur yang dilihat akan mempengaruhi dagangan Pound Sterling dalam pasaran.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat