Boleh Ke Hanya 1 Minggu Diperlukan Untuk Pulih Dari Bencana Coronavirus?

493

Masih lagi berkenaan isu Coronavirus yang menjadi tajuk utama di media seluruh dunia dengan kebimbangan penduduk dunia yang semakin meningkat.

Coronavirus yang menular dengan pantas telah memberi tekanan terhadap pasaran saham Asia ekoran kebimbangan pelabur terhadap implikasi ke atas pertumbuhan ekonomi global.

Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China (NHC) melaporkan 4,515 kes Coronavirus telah disahkan dengan angka korban telah meningkat kepada 106 kematian. Di samping itu, 1 kes disahkan sebagai kes pertama di Jerman.

Situasi bertambah parah dengan laporan 13 kes terbaru di Guangdong, 13 kes di Shanghai, Henan mengesahkan 40 lagi kes sementara di daerah utama Hubei kini telah hampir 1,300 kes terbaru disahkan.

Mampukah keadaan bertambah buruk ini dapat dilegakan oleh kenyataan NHC China yang menyatakan hanya memerlukan 1 minggu sahaja untuk kembali pulih dari penularan wabak tersebut?

Biro Pentadbiran Perubatan di NHC melaporkan seramai lebih 4,000 pegawai perubatan serata dunia telah tiba di Wuhan untuk bantuan kecemasan dan dijangka 1,800 lagi akan tiba pada hari ini.

Keluhan turut diluahkan oleh Menteri Ekonomi Jepun, Yasutoshi Nishimura yang menyatakan kegelisahan penularan wabak Coronavirus di China akan turut menjejaskan ekonomi negara Jepun.

Dengan jangkitan yang merebak di seluruh bandar-bandar utama, gangguan pengangkutan awam, pembatalan lawatan kumpulan pelancong dari China serta lanjutan cuti Tahun baru China bakal mempengaruhi ekonomi Jepun khususnya sektor eksport dan pengeluaran.

China merupakan destinasi eksport kedua terbesar bagi Jepun dengan pasaran terbesar buat peruncit Jepun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat