Boleh Ke Malaysia Sesuaikan Diri Dengan Kripto?

316

“Malaysia kena hustle sikit je lagi untuk tingkatkan penggunaan kripto.”

Malaysia adalah salah satu negara yang menunjukkan sikap positif terhadap mata wang kripto apabila kerajaan didapati mengambil langkah untuk mengawal selia industri.

Pada 2019, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengumumkan garis panduan baharu untuk Tawaran Syiling Permulaan (ICO) dan Pertukaran Aset Digital (DAX) sebagai sebahagian daripada usahanya bagi memberi kejelasan dan ketelusan kepada pelabur.

SC juga memberi lesen kepada beberapa syarikat exchanger kripto seperti Luno, Sinegy dan Tokenize untuk beroperasi di Malaysia, namun mereka haruslah mematuhi peraturan ditetapkan SC bagi mencegah pengubahan wang haram dan pembiayaan pengganas.

Luno, platform exchanger kripto yang diasaskan pada 2013 di London membenarkan pengguna membeli, menjual dan menyimpan kripto seperti Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH) telah berkembang untuk beroperasi beberapa negara di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Meskipun begitu, penggunaan kripto di kalangan rakyat Malaysia masih kurang susulan kebanyakannya bukan sahaja tidak biasa dengan konsep tersebut malah teragak-agak untuk mengaplikasikan aset digital sebagai satu bentuk pembayaran.

Selain itu, rakyat turut bimbang akan risiko dihadapi mereka serta turun naik harga kripto yang mampu akibatkan sesorang pelabur mengalami sejumlah kerugian yang besar.

Secara keseluruhannya, walaupun Malaysia mengambil langkah mengawal selia dan sokong penggunaan kripto, pendidikan dan pembinaan kesedaran dalam kalangan masyarakat umum harus dilaksanakan agar penggunaan kripto dapat diperluaskan lagi dengan sihat dan selamat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat