Boleh Ke Pelabur Terra UST Dapatkan Wangnya Kembali? Ini Jawapan Do Kwon

404

Do kwon, pengasas bersama Terraform Labs telah ditemu bual oleh hos podcast kripto Unchained Laura Shin dalam memastikan sama ada pemegang tokennya akan diberi pampasan seperti yang dijanjikan.

Hal ini demikian kerana Do Kwon pernah membuat kenyataan dalam Twitter miliknya bahawa beliau akan memberi pampasan kepada pemegang USTC, USDT, USDC dan Luna Foundation Guard (LFG).

Namun begitu, Do Kwon menegaskan sesungguhnya beliau tidak akan memberi sebarang pampasan kepada pengguna LFG sehingga litgasi sivilnya diselesaikan.

Tambahnya lagi, beliau tidak dapat menetapkan tempoh masa yang diperlukan bagi menyelesaikan masalah tersebut, malah LFG seharusnya berfungsi sebagai pengagihan 313 Bitcoin (BTC) dalam USDT dan USDC kepada pemegang.

Walaupun Do Kwon bersimpati terhadap para pelabur yang rugi $60 bilion disebabkan krisis kripto Terra-Luna, beliau menyangkal pertuduhan berkaitan mempunyai dana peribadi untuk memberi pampasan kepada pemegang UST.

Selain itu, beliau juga tidak akan kembali ke Korea Selatan atau bekerjasama dengan pendakwa raya sungguhpun passportnya akan menjadi tidak sah pada minggu ini ekoran tidak terdapat sebarang waran tangkap atau namanya tertera pada Interpol Red Notice.

Malah, Terra Rebels dalam Terra Classic Revival Roadmap turut mendedahkan matlamatnya untuk bebas daripada Terra serta Do Kwon susulan beliau tidak mempunyai usaha membangunkan kembali Terra Classic (LUNC).

Kini harga LUNC berada pada paras harga $0.00025 sementara LUNA jatuh hampir 2% dalam tempoh 24 jam lalu.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat