Boleh Tahan Tinggi Juga USD/CAD Mendaki Minggu Ini

343

Mata wang komoditi didagangkan terjejas sehingga penghujung Oktober termasuk dolar Kanada yang terkesan dengan kemerosotan pasaran minyak mentah global.

Berikutan penularan pandemik Coronavirus yang kini menyaksikan peningkatan ketara kembali kes jangkitan di negara ekonomi-ekonomi utama menyebabkan jangkaan permintaan bahan bakar turut merosot.

Minyak mentah yang menjadi sumber eskport terbesar Kanada telah memberi kesan penyusutan terhadap dolar Kanada dengan laporan kejatuhan harga minyak ke paras terendah 4 bulan.

Pasaran akan menantikan tindakan negara-negara pengeksport petroleum (OPEC) seterusnya dalam mengawal keseimbangan pasaran minyak mentah.

Sementara itu, pada dagangan minggu ini pelabur telah menyaksikan kenaikan ketara harga pada carta pasangan mata wang USD/CAD susulan penyusutan Loonie sementara dolar greenback kembali mengukuh.

Setelah harga melonjak 150 pips pada Rabu, kenaikan diteruskan lagi pada dagangan Khamis semalam sekitar 110 pips mencapai paras ketinggian 1.33900 pada zon resistance.

Namun, harga susut semula dari paras ketinggian tersebut sehingga dagangan bersambung ke sesi Asia pagi ini menguji paras 1.33000 dan juga paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan.

Harga mula pamerkan kenaikan semula sehingga dagangan bersambung ke sesi Eropah petang ini dengan jangkaan paras ketinggian 1.33900 yang dicapai semalam kembali menjadi sasaran.

Kenaikan lebih tinggi melepasi paras tersebut bakal menuju ke paras resistance lebih tinggi sekitar 1.34600 yang diuji pada penghujung Ogos lalu sebelum harga bergerak di bawah paras tersebut untuk tempoh 3 bulan.

Jika harga kembali turun di bawah paras sokongan MA50, pelabur akan kembali menjangkakan permulaan trend bearish pada carta USD/CAD.

Zon RBS (resistance become support) 1.32000 akan kembali menjadi tumpuan harga pada penurunan seterusnya.

Data pertumbuhan GDP Kanada akan menjadi tumpuan pada sesi New York sebentar lagi yang akan mempengaruhi pergerakan dolar Kanada.

Lihat gambar carta pasangan mata wang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat