Pasaran Bon Kerajaan British Goyah Berikutan Risiko Brexit

45

Inflasi yang agak pantas meningkat dan perbincangan pengetatan polisi Bank of England berkemungkinan akan menghentikan kenaikan hasil bond British (gilts) yang ketika ini merupakan antara ‘best performer‘ di kalangan pasaran bon-kerajaan tahun ini.

Hasil bon atau kadar faedah bon (gilts) 20-tahun kerajaan dan 30-tahun menghampiri paras terendah lima bulan lalu pada Isnin, berbeza dengan bon yang bertempoh pendek di mana ‘hasil’ meningkat dalam jumlah yang banyak minggu lalu sejak awal Januari.

Hasil bon yang semakin merosot adalah disebabkan harga bon yang semakin meningkat. Bagi bon yang mempunyai tempoh matang jangka panjang ia banyak dipengaruhi oleh bagaimana pergerakan ekonomi Britain selepas meninggalkan Kesatuan Eropah dan juga pergerakan inflasi dan kadar faedah.

Hanya Jepun yang masih mengalami kesukaran untuk mengekalkan kenaikan inflasi berbanding dengan bon negara-negara utama yang lain.

Banyak juga penganalisis yang berpendapat inflasi akan terus naik dan hasil bon juga meningkat.

Jangkaan penganalisis dalam tinjauan yang dibuat oleh Reuters meramalkan inflasi harga akan meningkat hampir kepada 3% lewat tahun ini.

Salah seorang dari pembuat polisi BoE iaitu Kristin Forbes mengundi kepada kenaikan kadar baru-baru ini berikutan kenaikan inflasi dan juga beberapa ahli yang lain hampir mengikuti beliau.

Data-ekonomi dan inflasi Britain bukanlah satu-satunya negara maju yang menjadi perhatian pelabur-pelabur bagi menganalisis polisi monetari. ECB juga telah mengatakan usaha bagi melonjakkan pertumbuhan Zon Eropah sudah berakhir di mana pasaran kewangan telah menunjukkan tanda-tanda kenaikan kadar hujung tahun ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat