BookXcess, Kedai Buku 24 Jam Pertama Dan Terbesar Di Malaysia.

685

Dunia pencinta buku adalah dunia yang estetik. Buku mampu menghadirkan sebuah pesona yang dalam diri seseorang dan mampu mempengaruhi manusia dan zamannya. Buku yang hebat ialah buku benar-benar mengusik dan menyentuh jiwa, serta berupaya memaknakan hidup pembaca.

Jika anda serorang inidividu yang mencintai buku dan teruja untuk melihat koleksi buku, maka berita ini tentu akan menggembirakan anda.

Buat mereka yang sentiasa mecari jalan unutk makanan bergizi untuk akal, ini berita baik untuk anda. Sebuah kedai buku yang terbesar dan dibuka 24 jam sehari.

BookXcess yang merupakan pemilik rangkaian kedai buku dan penganjur pesta buku Big Bad Wolf (BBW) telah membuka premis terbarunya di Tamarind Square, Cyberjaya yang beroperasi 24 jam, pertama seumpamanya di Malaysia. Kedai ini meliputi kawasan 37,000 kaki persegi.

Cawangan ini menawarkan lebih 500,000 buah buku dengan penawaran harga yang istimewa iaitu diskau 50% hingga 80% dari harga biasa.

Anda bukan sahaja boleh membeli dan membaca buku, malah anda dapat menikmati secangkir kopi dengan tersedianya sebuah kafe dan ruang bacaan yang cukup besar.

Secangkir kopi, sebuah buku dan pengalaman perasaan yang indah akan membuat anda mengalir dalam arus damaninya tetapi penuh rahasia.

Kedudukan yang jauh daripada kesibukan bandar dapat memberi kedamaian suasana dan sumber inspirasi buat pembaca.

 

 

 

 

 

 

Tempat ini sangat sesuai untuk anda bawa keluarga terutama anak-anak sebagai salah satu aktiviti berfaedah. Ada ruangan untuk mengadakan aktiviti kelas seni dan melukis.

Bagi yang ingin lakukan kerja, anda juga boleh memanfaatkan ruangan ini kerana, ruangan ini menawarkan WIFI percuma. Bagi yang mencari wang lebih, anda juga boleh mengambil servis pembelian untuk orang lain.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk melawat.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat