Boom! Harga Minyak Mentah Dunia Meletup Lagi

667

Ketegangan yang meningkat di Timur Tengah telah membantu mendorong harga minyak mentah untuk mendaki lebih tinggi ke paras ketinggian terbaru 13 bulan pada permulaan sesi Asia hari ini.

Penanda aras minyak mentah WTI Amerika Syarikat melonjak lebih tinggi dengan kenaikan lebih 2%, sehingga mendorong harga mencecah $60.73 setong.

Sementara niaga hadapan minyak mentah Brent pula menokok tinggi dengan peningkatan 1.4% kepada $63.58 setong.

Terbaru, Reuters melaporkan, gabungan dipimpin oleh Arab Saudi yang bertempur di Yaman mengatakan bahawa ia telah memintas dan menghancurkan sebuah drone penuh dengan bahan letupan, dilancarkan oleh kumpulan Houthi yang berpihak kepada Iran.

Hal ini secara tidak langsung telah menimbulkan kebimbangan terhadap ketegangan baru di Timur Tengah.

Kenaikan harga minyak sebelum ini telah didorong oleh keyakinan pasaran terhadap langkah vaksinasi yang meluas di seluruh dunia, dan pemotongan pengeluaran oleh pengeluar utama OPEC.

UK dijangka akan melonggarkan beberapa langkah sekatan berikutan usaha vaksinasi yang kini hampir mencapai sasaran untuk memvaksin 15 juta golongan keutamaan di negara itu.

Sementara Jepun pula telah meluluskan vaksin Covid-19 pertama dan akan memulakan proses vaksinasi minggu ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat