Boom! Korea Selatan ‘Sarapan’ Peluru Berpandu Korea Utara

411

‘Makin menjadi-jadi Korea Utara ni, silap haribulan perang dunia ke-3 bermula dari Asia pulak.’

Waktu pagi warga Korea Selatan dimulakan dengan dentuman 3 peluru berpandu Korea Utara yang mendarat di kawasan perairan negara hallyu tersebut.

Memetik sumber dari Korea Selatan, lebih kurang jam 8:55 pagi siren amaran dibunyikan selepas sebuah peluru berpandu Korea Utara mendarat 57 kilometer dari persisiran pantai bandar Sokcho.

Mengulas kejadian, Joint Chiefs of Staff (JCS) Korea Selatan mengesan sebuah lagi peluru berpandu balistik jarak dekat telah mendarat di kawasan perairan Wonsan iaitu 26 kilometer dari Garisan Had Utara sempadan maritim Korea.

Selain itu, satu lagi peluru berpandu dikatakan jatuh lebih kurang 167 kilometer dari Ulleung yang seterusnya mencetus amaran serangan udara oleh Korea Utara.

Serangan udara tersebut berlaku beberapa jam selepas Pyongyang mengeluarkan amaran supaya latihan ketenteraan berskala besar antara Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) diberhentikan.

Korea Utara menyifatkan latihan tersebut sebagai ‘provokasi yang tidak boleh dipandang ringan’ dan seterusnya dipercayai melancarkan serangan pertama kali yang mendarat di perairan Korea Selatan.

Sungguhpun begitu, seorang jurucakap ketenteraan Korea Selatan mengatakan pihak berkuasa akan menyiasat perkara tersebut untuk menentukan sama ada Korea Utara sengaja arahkan peluru berpandu kepada mereka atau sekadar ujian yang tersasar.

Dalam pada itu, JCS menegaskan bahawa ia adalah kali pertama peluru berpandu balistik milik Korea Utara menghentam perairan Korea Selatan dan mengambil pandangan tindakan tersebut sebagai provokasi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat