Boris Johnson Bakal Adakan Mesyuarat Tergempar Akibat Coronavirus?

578

Perdana Menteri British, Boris Johnson akan mengadakan mesyuarat tergempar berkenaan coronavirus pada hari ini. Mesyuarat berkenaan adalah sebagai salah satu medium perbincangan bagi pihak kerajaan dalam usaha menangani wabak tersebut.

British setakat ini melaporkan 3 kematian dan 278 kes terbaru. Selain itu, peruncit terbesar negara itu, Tesco dikatakan telah menghadkan pembelian sebilangan besar produk seperti gel anti bakteria, tisu, pasta kering dan susu.

Menurut Boris Johnson, jumlah kes coronavirus semakin meningkat di United Kingdom dan seluruh dunia. Oleh yang demikian, mereka mahu mengambil langkah persediaan untuk melindungi orang awam berdasarkan nasihat dan keadaan semasa.

Berdasarkan suatu kenyataan, kumpulan saintifik kecemasan British mendakwa bahawa terdapat kemungkinan virus tersebut semakin merebak. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan perlu memutuskan untuk meneruskan rancangan mereka atau menangguhkannya.

Berikutan dengan bekalan asas di pasar raya British semakin berkurangan, kerajaan telah mengambil langkah dengan menubuhkan sebuah pasukan khas bagi menangani sebarang gangguan atau salah faham maklumat berkaitan penyebaran coronavirus.

Oliver Dowden, yang merupakan setiausaha budaya British mengemukakan kenyataan bahawa tiada rancangan penutupan muzium, galeri seni, dewan konsert atau mengeluarkan perintah bagi pembatalan acara sukan atau diadakan di kawasan tertutup. Menurutnya lagi, tiada sebab yang kukuh bagi individu tidak menghadiri program tersebut atau membatalkannya akan tetapi, akan terus mengadakan tinjauan.

Tambahan daripada itu, beliau mengatakan bahawa tiada keperluan untuk individu menyimpan bekalan di rumah serta yakin bahawa setiap pasar raya mempunyai rantaian bekalan yang mencukupi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat