Boris Johnson Bakal Buat Pengumuman Penting – Ini Yang Terjadi Pada Pasaran!

490

Perdana Menteri UK Boris Johnson dijangka akan mengumumkan pada hari ini mengenai keputusan dan langkah yang rinci dalam menarik kembali langkah pengetatan kawalan pergerakan di England.

Kabinet di bawah pentadbiran Johnson akan menandatangi pelonggaran langkah-langkah penutupan semula bermula 17 Me. Perjalanan antarabangsa juga akan dibenarkan bermula hari Isnin hadapan dengan proses kuarantin dan ujian masih diperlukan ketika pulang ke UK.

Selain itu, orang ramai juga akan diperbolehkan makan dan minum di restoran dan aktiviti kumpulan yang terhad.Pihak pentadbiran UK menjangkakan untuk menghapus semua sekatan perhubungan sosia menjelang 21 Jun.

Pada hari ini, ketua pegawai perubatan UK bersetuju untuk menurunkan tahap amaran Covid-19 negara dari tahap 4 kepada tahap 3. Dalam masa yang sama, data penularan Covid-19 turut menyokong langkah-langkah pelonggaran lebih lanjut.

Pengumuman yang diharapkan mengenai penghapusan sekatan lebih lanjut diumumkan di tengah konflik politik yang sedang berlaku di bahagian utara setelah Menteri Pertama Skotlandia Nicola Sturgeon berjanji pada hari Sabtu untuk terus maju dengan rancangan untuk referendum baru mengenai kemerdekaan dari UK.

Pemain pasaran kini sedang mengambil langkah berjaga-jaga namun optimis dengan tindakan pelonggaran sekatan kerana ia dapat menjana ekonomi.Matawang GBP terus mengukuh berbanding US dolar sebanyak 1.07% kepada paras harga 1.4121.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat