Boris Johnson Bersama Pasukan Baru Dibentuk Siap Sedia Untuk Selesaikan Isu Brexit!

573

Boris Johnson kini secara rasminya telah menjadi Perdana Menteri UK yang baru dan beliau juga sudah bersedia untuk menangani isu yang paling penting dalam UK.

Ramai yang melihat tiada isu yang lebih besar berbanding Brexit dan perlantikan Johnson bakal memaikan peranan besar dalam Brexit.

Antara ucapan awam pertama beliau yang diucapkan semasa dilantik sebagai Perdana Menteri ialah untuk mereka yang meragui bahawa akan tercapainya Brexit maka tidak lama lagi ia akan diselesaikan.

“Saya mengatakan kepada yang ragu-ragu, kita akan mengangkat kembali semangat negara, selesaikan Brexit pada  31 oktober nanti dan kita akan membawa semangat baru.” – Johnson

Johnson juga sudah membina rakan pasukan beliau yang baru yang bermatlamatkan perjanjian yang baru, lebih baik dan mengaut segala kelebihan Brexit.

Selain itu, Perdana Menteri yang baru juga menjanjikan pelaburan dalam perkhidmatan sosial, polisi dan hospital. Beliau juga meletakan pengukuhan jalinan kerjasama antara UK dan beberapa negara Eropah seperti England, Scotland, Wales dan Utara Ireland sebagai suatu yang utama.

Setakat ini hanya tinggal 99 hari untuk rundingan semula Brexit dengan Kesatuan Eropah bagi mendapatkan perjanjian pengunduran pada 31 Oktober.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat