Boris Johnson Ingin Jumpa Joe Biden, Ada Apa-Apa Ke?

278

Sudah hampir sebulan sejak perjanjian pasca Brexit antara UK dan Kesatuan Eropah capai kesepakatan. Setelah bebas dari keterikatan dengan Kesatuan Eropah, UK telah mula menjalin hubungan perdagangan dan diplomatik dengan negara-negara lain bagi mengukuhkan kedudukan negara mereka di persada dunia.

Pada hari ini, Perdana Menteri Britain, Boris telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau menantikan pertemuan dengan Joe Biden bagi saling berkongsi ‘kepentingan bersama’. Kenyataan ini dikeluarkan menjelang beberapa jam Joe Biden akan dilantik sebagai presiden A.S ke 46.

Menurut Johnson, beliau telah berbicara dengan Biden semasa beliau memenangi pilihan raya Presiden dan menantikan pertemuan bersama suatu masa nanti. Beliau berharap UK dan Amerika Syarikat (A.S) dapat menjalinkan kerjasama dalam politik mahupun perdagangan. Hal ini kerana UK dan A.S memiliki keutamaan yang sama seperti menangani isu perubahan iklim dan membangunkan ekonomi di tengah penularan wabak Covid-19.

Kenyataan dari Boris Johnson telah meningkatkan harapan pasaran kerana ia memberi tanda bahawa pentadbiran UK sedang berusaha untuk memulihkan ekonomi mereka yang terkesan daripada wabak Covid-19 dan pasca perjanjian Brexit.

Matawang GBP mencatat pengukuhan berbanding US dolar sebanyak 0.29% kepada paras tukaran 1.3664 setakat jam 9.20 p.m. Antara faktor laini yang mendorong pengukuhan ialah peningkatan inflasi pada bulan Disember.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat