Boris Johnson Terpilih Sebagai Pemimpin Tory Dan Bakal Menjadi Perdana Menteri UK!

693

Setelah Theresa May berulang kali gagal mendapatkan kelulusan untuk rancangan Brexit beliau, jawatan pemimpin Britain bakal diterajui oleh calon baru untuk meneruskan rundingan bersama Kesatuan Eropah setelah May mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai pemimpin.

Pada hari ini, telah berlangsung pemilihan calon bagi memegang jawatan seabgai pemimpin yang baru. 2 calon telah bertanding iaitu Boris Johnson dan Jeremy Hunt bagi manggantikan Theresa May. Setelah acara pemilihan berlangsung, Boris Johnson yang memiliki suara terbesar dalam pergerakan Brexit telah memenangi pemilihan tersebut dan akan menjadi Perdana Menteri UK yang seterusnya.

Johson yang telah dipilih sebagai pemimpin parti mendapat 92,153 undian daripada ahli parti Konservatif. Manakala Jeremy Hunt mendapat 46,656 undian. Dengan ini, Johson akan memulakan pentadbiran pada hari Rabu.

Presiden Trump sebelum ini yang menunjukkan tanda sokongan terbuka kepada Johson merakamkan ucapan tahniah menerusi laman web Twitter beliau.

Sempena pencalonan ini, beberapa menteri telah meletak jawatan berikutan pegangan prisip yang berbeza terhadap Brexit. Antaranya ialah Menteri Luar Negeri Alan Duncan dan Menteri Kewangan, Philip Hammond.

Keputusan bahawa Johson akan memenangi pertandingan ini sudah agak dijangka dan tidak banyak mengubah persepsi pasaran terhadap kemungkinan peristiwa yang bakal berlaku seperti pengunduran Britain dari Kesatuan Eropah. Ditambah dengan sikap Johson yang bertekad untuk membawa keluar UK dari Kesatuan Eropah pada Oktober walaupun tanpa perjanjian.

Matawang Sterling jatuh sebanyak 0.22% iaitu pada paras $1.2447 sejak keputusan diumumkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat