Boris Johson Kembali Menggalas Tugas – Kerajaan UK Rangka Pelan Susulan Setelah Lockdown!

302

Perdana Menteri UK, Boris Johson pada hari ini mengeluarkan kenyataan yang menegaskan bahawa tidak akan ada penghapusan sekatan dan perintah berkurung dalam masa yang terdekat di negara UK. Kenyataan ini merupakan pernyataan umum pertama beliau setelah pulih dari jangkitan covid-19.

Menurut beliau, pentadbiran UK sedang dalam fasa kemuncak dan UK sedang melaluinya. Negara UK kini sedang  berusaha menangani wabak ini dengan baik. Tambah Johnson, beliau sedia maklum bahawa perlunya mengangkat perintah berkurung secepat mungkin dan dalam masa yang sama beliau meminta agar rakyat UK agar bersabar dalam hal ini.

Bagi Johnson, masih ada waktu untuk memulihkan kembali ekonomi namun setakat ini belum diketahui lagi bilahkah perintah berkurung akan diangkat. Johnson kembali menggalaskan tugas beliau setelah 2 minggu berada di kediaman beliau akibat jangkitan covid-19.

Walaubagaimanapun terdapat ura-ura bahawa Johnson akan mengumumkan rancangan beliau mengenai pengangkatan perintah berkurung di UK seawal minggu ini.Menurut jurucakap Johnson, perdana menteri bakal bertemu dengan pemimpin Parti Buruh pembangkang pada minggu ini dan para pemimpin parti lain pada minggu hadapan.

Pemerintah harus mempertimbangkan potensi kerugian ekonomi dan implikasi kesihatan awam jika perintah berkurung diangkat dalam waktu yang singkat ini.
UK kini mempunyai 154,037 kes Covid-19 yang dilaporkan pada hari Ahad, berdasarkan data Universiti Johns Hopkins dan sebanyak 20,795 kematian dilaporkan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat