Bosan Atau Dah Tak Tahan Lagi? Ripple Merajuk Keluar Dari AS!

1,088

“Apa nak jadi ni, banyaknya bursa kripto nak tinggalkan AS.”

Susulan pengawal selia kewangan tidak memberi panduan pasaran yang jelas, Ripple (XRP) mungkin akan mengikuti jejak langkah bursa gergasi mata wang kripto Coinbase untuk meninggalkan Amerika Syarikat (AS).

Umum mengetahui bahawa pertempuran undang-undang antara XRP dan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) AS sehingga sekarang masih tidak menemui penghujungnya, tetapi peraturan untuk pasaran kripto akan semakin jelas selepas tuntutan mahkamah XRP mencapai keputusannya.

Menerusi halaman siaran XRP Career, syarikat tersebut telah menawarkan sekitar 6 daripada 66 jawatan di AS namun mereka akan berpindah ke luar jika kalah dalam pertarungan undang-undang itu, ulas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) XRP Brad Garlinghouse.

Suka dimaklumkan penyiaran kerja tersebut adalah sebahagian daripada perkembangan XRP susulan selepas keputusan mahkamah baru-baru ini, Garlinghouse termasuk pasukannya sungguh yakin mereka akan memenangi kes itu.

Secara konteks, badan pemantau AS, SEC dan Suruhanjaya Dagangan Niaga Hadapan Komoditi (CFTC) sejak kebelakangan ini semakin bertindak agresif terhadap bursa kripto, di mana mereka telah menyaman Kraken, Bittrex serta Gemini.

Rentetan itu, CEO Coinbase Brian Armstrong berkata kepada bekas Canselor Perbendaharaan United Kingdom (UK) bernama George Osborne bahawa beliau berada dalam proses memindahkan ibu pejabatnya ke luar pesisir.

Setakat penulisan ini, harga XRP menjunam sebanyak 2.23% pada paras $0.45 dalam tempoh 24 jam terakhir dengan modal pasaran $23 bilion dan mencatatkan kerugian hampir 10.16% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat