BPN 2.0 Dibayar Mulai 21 Januari

550

Kementerian Kewangan akan mempercepatkan bayaran Fasa Kedua Bantuan Prihatin Nasional (BPN 2.0) berjumlah RM2.38 bilion kepada 11.06 juta penerima merangkumi 10.6 juta penerima sedia ada serta kira-kira 460,000 penerima baharu mulai 21 Januari ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ini susulan pengumuman pelbagai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat dan PKP Pemulihan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 11 Januari lepas.

Dalam kenyataan hari ini seperti dilaporkan oleh Bernama, beliau berkata, semakan kelulusan itu boleh dibuat mulai 15 Januari di portal rasmi BPN iaitu https://bpn.hasil.gov.my.

“Bayaran bagi penerima B40 dan M40 akan terus dikreditkan ke dalam akaun bank masing-masing mulai 21 Januari dan 25 Januari ini.

“Bagi penerima tanpa akaun bank, tarikh pembayaran akan bermula pada 25 Januari melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang mana pihak BSN akan mengeluarkan panduan prosedur operasi standard (SOP) dari semasa ke semasa.

“Untuk penerima di Sabah dan Sarawak yang tiada akaun bank, pembayaran akan dibuat mulai awal bulan Februari sehingga 1 April, 2021 di lokasi-lokasi yang akan diumumkan pada akhir Januari,” ujar beliau.

Permohonan penerima baharu tersebut telah diluluskan sewaktu tempoh permohonan/rayuan dibuka pada 15 Oktober hingga 15 November lepas.

BPN 2.0 merupakan sebahagian daripada Kerangka Inisiatif Tambahan, Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (KITA PRIHATIN) bernilai RM10 bilion yang telah diumumkan pada 23 September lepas.

Inisiatif BPN 2.0 itu disalurkan menerusi dua fasa pembayaran pada Oktober 2020 dan Januari 2021.

Menjelaskan selanjutnya, menurut Tengku Zafrul secara keseluruhanya, jumlah penerima BPN 2.0 merangkumi seramai 11.06 juta penerima iaitu 5.82 juta individu bujang dan 5.24 juta penerima isi rumah dengan jumlah bayaran/peruntukan sebanyak RM7.18 bilion, setakat ini.

“Kerajaan sentiasa komited untuk memastikan bantuan yang diperuntukkan sampai kepada mereka yang disasarkan bagi menjamin kesejahteraan rakyat,” tambah beliau lagi.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat