Brexit – Antara Malapetaka Atau Keberuntungan?

314

Ketua perunding Kesatuan Eropah (EU), Michel Barnier pada hari Jumaat tampil memberi kemaskini rundingan perdagangan. Menurut beliau, hanya beberapa sahaja berbaki untuk Kesatuan Eropah dan Britain untuk menentukan hala tuju perjanjian perdagangan dan mencegah daripada berlakunya krisis Brexit sebelum 31 Disember.

Rundingan masih diteruskan walaupun kedua-dua belah pihak saling membuat tuntutan dan terdapat banyak kenyataan yang bercanggah dalam hampir setiap rundingan. Beberapa pihak melihat kesepakatan masih dapat dicapai sama ada dengan jayanya atau diteruskan walaupun masih terdapat masalah yang belum selesai.

Kesepakatan ini adalah penting kerana ia akan memastikan perdagangan barangan yang berjumlah hampir 1 trilion dolar diteruskan dan bebas dari tarif dan kuota selepas 31 Disember.Menurut Barnier, beliau melihat adanya potensi persetujuan dapat dicapai walaupun penuh halangan.

Tambah Barnier, situasi terkini adalah kurang baik dan tegang. Hanya beberapa jam sahaja berbaki untuk menyelesaikan rundingan ini dengan cara terbaik iaitu mencapai perjanjian bermula yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari.

Matawang sterling menyusut sebanyak 0.60% kepada paras tukaran 1.3502 berbanding US dolar setakat jam 9.30 p.m.

Disisi lain Perdana Menteri Britain, Boris Johnson mengatakan kepada Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen, dalam satu panggilan pada hari Khamis bahawa perbincangan berada dalam “situasi yang tegang” dan sekarang kelihatan sangat mungkin bahawa kesepakatan tidak akan dicapai kecuali jika kedudukan EU berubah secara substansial.

Kedua-dua belah pihak masih berusaha untuk mencapai kesepakatan walau apa jua keadaan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat