Brexit Benam Pound Sterling Lebih Dalam

438

Setelah mempamerkan kenaikan ketika memasuki sesi pasaran Eropah, dagangan matawang utama kembali mencatatkan penurunan lebih rendah dengan US dolar terus meraih pengukuhan.

Matawang pound British terus didagangkan lebih rendah ke paras terendah dua minggu berbanding US dolar menjelang rundingan perdagangan Brexit pusingan kelapan yang akan dimulakan pada hari ini.

Kebimbangan terhadap no-deal Brexit semakin meningkat susulan kenyataan UK sedang merancang untuk mengubah beberapa bahagian penting dalam Perjanjian Pengeluaran Brexit yang ditandatangani secara rasmi pada Januari lalu.

Kesatuan Eropah (EU) memberi amaran terhadap kemungkinan no-deal Brexit kepada UK jika negara itu cuba mengubah perjanjian tersebut. Perdana Menteri UK Boris Johnson sebelum ini menetapkan tarikh akhir rundingan perdagangan pada 15 Oktober.

Pergerakan berbeza ditunjukkan oleh matawang euro yang memperlihatkan sedikit peningkatan di sesi Eropah. Bagaimanapun, pelabur tetap berhati-hati dengan jangkaan dovish dalam mesyuarat polisi Bank Pusat Eropah (ECB) pada Khamis nanti.

Matawang komoditi, dolar Aussie dan kiwi jatuh lebih rendah setelah didagangkan mendatar pada sesi sebelum ini di tengah-tengah ketegangan antara Amerika Syarikat dan China yang semakin meningkat setelah Presiden AS Donald Trump mengulangi sekali lagi ancamannya untuk memutuskan hubungan ekonomi dengan China.

Sementara itu, dolar loonie susut rendah dengan harga minyak mentah terus memanjangkan penurunannya di tahap terendah dua bulan. Tumpuan pasaran kini terarah kepada mesyuarat polisi Bank of Canada (BOC) pada Rabu yang dijangkakan tiada perubahan polisi akan dilakukan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat