“Brexit Fear” : Bank-Bank di Britain Mula Menuntut Hak Mereka!

49

Ketua pengawal selia bank terkemuka di Britain mengatakan bahawa tiada perubahan terhadap peraturan mahupun undang-undang baru yang akan diaplikasi kepada bank di Britain.

Beliau berkata demikian apabila mengulas ura-ura terhadap rombakan peraturan yang mungkin berlaku disebabkan Brexit.

Pun begitu, berbeza dengan pendapat Sam Woods iaitu ketua eksekutif BoE yang berpendapat bahawa bank-bank memerlukan lebih pengawasan sehingga tempoh masa Brexit akan berakhir.

Beberapa bank lain juga dikatakan memerlukan lebih perlindungan terhadap operasi mereka yang berdepan risiko lebih besar semenjak Brexit.

Beliau turut menyifatkan bahawa peraturan ini perlu bagi melindungi kepentingan bank-bank ini dari terus menjadi mangsa kepada undian keluar Britain dari Referendum EU.

Tugas yang agak mencabar juga bagi bank-bank di Britain untuk menyesuaikan diri dengan keadaan semasa di samping kadar faedah yang rendah. Pun begitu, Woods berpendapat bahawa terlalu awal untuk menilai keadaan sektor ini buat masa sekarang.

Isu pertama yang harus menjadi tumpuan sekaran ialah laporan PRA dan polisi kewangan BoE.

Laporan PRA akan menjelaskan butir-butir hutang dengan lebih terperinci terutamanya di dalam bank-bank utama seperti Barclays dan HSBC.

Minggu depan, PRA akan mengumumkan statistik suku tahunan bagi menunjukkan tahap modal dan aset berisiko. Selain itu, kertas perbincangan juga akan diterbitkan untuk kegunaan pada tahun 2017 bagi maklumat terperinci mengenai pegangan modal setiap bank.

Secara umumnya, Bank of England berkata bank-bank di Britain sudah memegang modal yang cukup buat masa ini.

Ini Yang Dilalkukan Oleh Bank Pusat Untuk Mengawal Dasar Monetari

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat