Brexit Memberi Peluang Kepada Undian Kemerdekaan Scotland

47

Menteri Pertama, Nicola Sturgeon yang dipilih sebagai pemimpin Scotland pada 2014 berlaku selepas cubaan pertama untuk Scotland keluar dari UK gagal. Sturgeon lama dahulu telah mengatakan, beliau akan memberi Scotland undian kedua jika UK berhadapan dengan ‘Hard Brexit‘.

Kerajaan Scotland telah mengemukakan permintaan untuk kekal di pasaran tunggal (EU) jika UK meninggalkan EU. Perdana Menteri Theresa May telah mengulangi pendiriannya bahawa beliau komited merundingkan perjanjian yang memberi faedah kepada semua wilayah di Britain.

Pihak Scotland dijangka akan membuat referendum baru untuk keluar dari UK seawal bulan hadapan di mana UK juga dijangka akan memulakan proses formal Brexit.

Undian kedua oleh Scotland dilihat sebagai ancaman kepada kerajaan UK yang akan menarik Britain keluar dari Kesatuan Eropah (EU). Jika Theresa May mahu menghalang undian tersebut, perlembagaan Britain akan dilihat mengalami krisis, manakala jika beliau menerimanya pula risiko adalah kepada perpecahan United Kingdom.

Pembuat polisi di Scotland juga telah mengadu pendapat mereka tidak diambil serius oleh pihak London.

Pada referendum Brexit Jun 2016 yang lalu, pengundi di England dan Wales menyokong untuk meninggalkan EU, manakala Scotland mendapat undian majoriti besar untuk kekal dalam pasaran tunggal.

“Jika rakyat mahukan referendum kemerdekaan, ia tidak memberi kepercayaan yang buruk kepada kerajaan Scotland, tetapi kepada kerajaan UK.” Kata Sturgeon, Menteri Pertama Scotland.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat