Brexit Menjadi Tumpuan, GBP/USD Kembali Menjunam 230 Pips Semula

722

Setelah menunjukkan lonjakan drastik harga pada dagangan sebelum ini, Pound Sterling kembali kehilangan momentum pengukuhan nilainya selepas Perdana Menteri Britain, Theresa May ditewaskan lagi dalam undian Parlimen semalam membuatkan dagangan GBP menjunam kembali dalam pasaran semasa.

Pada hari ini, para penggubal undang-undang akan mengundi sama ada Britain akan meninggalkan Kesatuan Eropah dengan perjanjian atau tiada perjanjian.

Kejatuhan nilai Sterling turut didorong oleh kenyataan oleh Peguan Negara Britain bahawa risiko undang-undang ke atas tahanan sempadan Brexit kekal tidak berubah walaupun diberi jaminan oleh Kesatuan Eropah.

Penurunan harga pada chart pasangan matawang GBP/USD mencatatkan sekitar 230 pips pergerakan harga pada sehingga penghujung sesi pasaran Eropah.

Dagangan GBP sedikit tenang pada sesi pasaran Asia hari ini selepas pergerakan volatile harga ditunjukkan pada dagangan permulaan minggu. Pasaran akan terus menumpukan perhatian terhadap perkembangan Brexit yang semakin menghampiri tarikh akhir pengunduran Britain dari Kesatuan Eropah pada 29 Mac ini.

Matawang dolar USD pada dagangan semalam gagal mencuri peluang untuk meneruskan pengukuhan selepas data indeks harga pengguna dikeluarkan. Kadar inflasi mencapai jangkaan kenaikan 0.2% namun bacaan inflasi teras sebaliknya mencatatkan penurunan dari kadar 0.2% kepada 0.1% meleset daripada jangkaan kekal oleh pasaran di paras 0.2%.

Sesi pasaran Asia pagi ini melihatkan dagangan matawang komoditi dolar AUD yang lemah selepas data keyakinan pengguna tinjauan Westpac mencatatkan angka yang merosot. Kejatuhan pada angka bacaan tersebut adalah terbesar sejak penghujung 2017 yang lalu dengan kadar -4.8%.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat