Brexit: Perhatian Terarah Kepada Undian Parlimen Pagi Khamis

46

Kurang dari 6 jam, Parlimen UK dijangka akan menamatkan perbahasan ‘Brexit’ dengan undian terakhir akan dibuat pada pukul 4 pagi Khamis.

Pagi nanti sekali lagi matawang Pound Sterling (Gbp) akan menjadi perhatian pasaran Forex di seluruh dunia. Satu lagi ‘jualan besar-besaran’ matawang GBP jika jangkaan pemain pasaran dan pelabur meleset.

Sebelum ini Gbp/Usd menguat semula selepas jatuh ke paras terendah 1.2345 dalam sesi dagangan Selasa. Hal ini berikutan komen Forbes salah seorang dari ahli Majlis Monetari di Bank of England yang menyatakan kenaikan kadar adalah perlu dalam masa terdekat.

Berikutan komen beliau, Gbp/Usd menguat sedikit ke paras 1.2400 dalam sesi dagangan Selasa, sebelum Gbp/Usd meneruskan kenaikan ke 1.2546 yang disebabkan komen Theresa May tentang perjanjian perdagangan dengan China.

Kerajaan UK di bawah Theresa May sejak beberapa hari ini berusaha meyakinkan Parlimen untuk meneruskan proses Brexit dengan memenuhi ‘Artikel 50’. Hal ini berikutan pihak ‘Supreme Court‘ (mahkamah tinggi) mengarahkan mereka (kerajaan) mendapatkan persetujuan Parlimen terlebih dahulu.

 

Kerajaan UK ketika ini perlu mendapatkan sokongan dari Parlimen bagi melicinkan proses untuk memenuhi artikel 50. Dari segi undian Parlimen, Kerajaan dijangka akan mendapat undian majoriti di ‘House of Commons‘ dengan sedikit potensi untuk kalah. Tetapi isu yang lebih kompleks akan berlaku di ‘House of Lords‘.

Dalam konteks ini, tumpuan utama, adalah sama ada terdapat penangguhan kepada perancangan Kerajaan untuk memulakan proses Brexit sebelum akhir Mac 2017.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat