BREXIT: Rundingan UK-EU Pusingan Ke-5 Menemui Jalan Buntu

48

Rundingan Brexit pusingan ke-5 berakhir dengan kebuntuan apabila Ketua Perunding, Michael Barnier merumuskan tiada kata sepakat yang berjaya dicapai tentang hak rakyat EU di UK.

Reaksi para pelabur telah menyebabkan pound UK jatuh 1% berbanding dolar U.S.

Perbincangan Barnier bersama Setiausaha Brexit U.K, David Davis gagal menghasilkan sebarang kemajuan berkenaan pembayaran kepada EU yang perlu ditetapkan sebelum U.K keluar daripada kesatuan.

Hal inilah yang menyebabkan matawang GBP menjunam pada Khamis pukul enam petang dan melonjak semula selepas enam jam berikutan Barnier yang menawarkan UK tempoh peralihan selama dua tahun.

Dalam sidang media selepas rundingan pukul enam petang waktu Malaysia, Barnier memberi amaran, jika pembayaran pemisahan tidak selesai, ribuan projek EU akan terbantut dan pembayar cukai akan lebih tertekan.

Walaubagaimanapun menurut Davis, rundingan ini telah menunjukkan sedikit kemajuan semenjak 7 bulan lalu apabila U.K memutuskan untuk keluar daripada EU.Namun rundingan tersebut belum mencapai apa-apa keputusan pasti berkenaan hak rakyat U.K yang bermigrasi dari British dan Eropah atau bagaimana menyelesaikan masalah sempadan antara Ireland dan Utara Ireland.

EU mengharapkan ada kemajuan dalam menangani pembayaran pemisahan, hak rakyat dan isu Utara Ireland sebelum perbincangan “hubungan perdagangan” dengan British dijalankan. Perdaganan antara dua negara dalam barangan dan perkhidmatan telah mencatat $656 billion setahun.

Rundingan seterusnya dijangka akan dijalankan pada bulan Disember.

Perunding EU-UK hanya ada tempoh sehingga Mac 2019 sahaja untuk membuat keputusan keseluruhan antara kedua-dua negara sebelum Britain benar-benar meninggal EU. Ramai juga ahli kabinet Theresa May yang berbeza pendapat tentang halatuju terbaik rundingan Brexit, dengan ada yang berpendapat perjanjian kedua-dua pihak tidak akan termaktub.

Jika tiada perjanjian yang dicapai, ia akan menyebabkan kerugian kepada perniagaan di Brtitain yang berdagang ke EU, khususnya dalam sektor penerbangan dan industri nuklear dan ada beberapa sektor lain yang dijangka terjejas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat