Brexit Sudah Memberi Kesan Negatif Kepada Syarikat di UK

130

Lebih dari setengah ketua-ketua perusahaan di UK mengakui undian untuk meninggalkan Kesatuan Eropah sudah memberi impak negatif kepada syarikat, tetapi kebanyakannya masih yakin mereka boleh bertahan dengan perubahan ini.

Ekonomi Britain dilihat seakan menjadi lebih baik sejak undian tersebut pada Jun, tetapi dalam tinjauan yang dijalankan oleh Ipsos Mori menunjukkan 58% responden berpendapat mereka terkesan dari undian tersebut.

10% dari responden pula membuat keputusan untuk meninggalkan Britain. Menurut tinjauan tersebut lebih dari 66% sudah mengambil tindakan berikutan Brexit termasuklah rancangan ‘luar jangka’ tentang rundingan semula UK dan EU dalam perjanjian perdagangan bebas yang dikemukakan oleh Theresa May sebelum ini.

Ketua-ketua perniagaan di Britain majoritinya menyokong agar Britain kekal di dalam EU bagi memudahkan mereka mengakses 500 juta penduduk di dalam Kesatuan Eropah seterusnya berkembang sebagai syarikat.

Kehilangan akes kepada pasaran tunggal adalah satu kerugian kepada UK, yang memudahkan perniagaan bergerak bebas dalam Zon tersebut. Keluarnya UK akan menyukarkan perniagaan memasuki Zon ini dengan halangan perdagangan yang lebih ketat jika mahu mengakses pasaran tunggal.

Hasrat Theresa May Perdana Menteri UK untuk memeterai perjanjian perdagangan bebas adalah sukar dicapai dengan undang-undang EU hanya membolehkan perjanjian dibuat selepas UK keluar 2 tahun lagi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat